Projek baru · Johor

Fokus: Kota Masai · Taman Pelangi · Meridin East

Ameerul Azrie · REN 13119

Projek baru Johor · Edisi 01

Projek baru Johor, dikupas satu-satu.

Saya Ameerul Azrie, REN 13119. Saya fokus projek baru di Johor — pergi sendiri ke sales gallery, kira ansuran, dan tulis apa yang pembeli perlu tahu. Bukan senarai 200 unit.

Projek aktif03
Harga dariRM449,000
Jumlah unit3,058
PeganganFreehold

01 — Projek

Tiga projek. Tiga cerita.

Dua landed di timur Johor, satu servis apartmen di Taman Pelangi. Ketiga-tiganya freehold — dan ketiga-tiganya saya sendiri dah pergi tengok sebelum masukkan ke sini.

3 projek

Fasad rumah teres dua tingkat Taman Perdana Tiong Nam Fasa 1B3 · Freehold

Kota Masai, Pasir Gudang

Taman Perdana Tiong Nam

Teres dua tingkat 20′ × 65′ dengan 4 bilik dan 3 bilik air. Porch muat dua kereta, lengkap dengan kemasan asas dan titik auto gate. Siap dijangka Oktober 2027.

  • Freehold
  • 1,556 kps
  • 147 unit
  • 4 bilik · 3 bilik air

Harga dari RM583,219

Tengok projek
Gambaran artis menara The Address di Taman Pelangi Taman Pelangi · Freehold

Taman Pelangi, Johor Bahru

The Address

Servis apartmen 450–865 kps dengan 44 kemudahan di Level 11 dan 56 kedai di podium. 3 km ke CIQ dan RTS Bukit Chagar. Siap dijangka Julai 2030.

  • Freehold
  • 2,743 unit
  • 3 blok
  • 3 km ke CIQ

Harga dari RM449,000

Tengok projek
Gambaran artis teres dua tingkat Jasmine 2 di Meridin East Meridin East · Freehold

Meridin East, Pasir Gudang

Jasmine 2

Teres dua tingkat 22′ × 70′ dalam township 1,313 ekar. 4 bilik, 3 bilik air, luas binaan dari 1,848 kps. 168 unit, siap dijangka Januari 2027.

  • Freehold
  • 1,848 kps
  • 168 unit
  • 4 bilik · 3 bilik air

Harga dari RM744,800

Tengok projek
Kawasan lain

Nak projek di Skudai atau Iskandar Puteri?

Saya boleh bandingkan projek baru di kawasan lain — beritahu bajet, tempat kerja dan bila anda nak pindah. Kalau tiada yang sesuai, saya cakap terus.

Hantar brief

02 — Cara saya kerja

Ringkas. Tiada pressure.

Proses beli rumah baru tak sepatutnya rasa macam pujuk rayu. Ini urutan yang saya guna dengan setiap pembeli.

01

WhatsApp dulu

Beritahu bajet, kawasan kerja dan bila anda nak pindah. Saya balas sendiri, bukan bot atau team call centre.

02

Shortlist 2–3 projek

Saya banding harga, saiz, freehold atau leasehold, dan masa siap — termasuk projek yang tak ada di laman ini.

03

Saya teman sampai kunci

Loan, SPA, bayaran, defect inspection. Untuk projek baru, komisen saya biasanya dibayar pemaju — bukan anda.

03 — Tentang

Saya tak jual semua projek.

Saya bekerja di Johor dan fokus projek baru. Sebab itu senarai di sini kecil — saya hanya masukkan projek yang saya boleh terangkan sendiri, termasuk kelemahannya.

  • Berdaftar sebagai REN 13119 di bawah LPPEH.
  • Fokus Johor: Kota Masai, Pasir Gudang, Skudai dan sekitar JB.
  • Bantu dari shortlist, loan, SPA sampai kunci diserahkan.

04 — Soalan

Sebelum anda WhatsApp.

Empat soalan yang selalu keluar. Kalau soalan anda tak ada di sini, tanya terus.

Tanya soalan lain
Kenapa laman ini tak ada banyak projek?

Saya fokus projek baru dan pilih yang saya boleh terangkan sendiri. Bila ada projek baharu yang sesuai, saya tambah — bukan kumpul semua iklan dalam satu senarai.

Ada projek di kawasan lain?

Ada. Saya boleh bandingkan projek di Skudai, Iskandar Puteri, Kulai dan Johor Bahru. Beritahu bajet dan kawasan kerja, saya shortlist 2–3 pilihan.

Komisen ejen — saya kena bayar?

Untuk projek baru, komisen biasanya dibayar oleh pemaju. Anda tidak bayar lebih daripada harga yang dipaparkan. Saya akan jelaskan terma sebelum anda tandatangan apa-apa.

Saya kerja di Singapura. Boleh beli?

Warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura boleh beli seperti biasa. Yang penting dokumen pendapatan dan pengiraan DSR. Saya boleh bantu terangkan apa yang bank perlukan.

05 — Jom mula

Nak saya carikan projek?

Hantar tiga perkara: bajet, kawasan kerja, dan bila anda nak pindah. Saya balas dengan 2–3 pilihan dan harga semasa — termasuk projek yang belum ada di laman ini.

Hantar brief WhatsApp +60 17-730 0369 Biasanya saya balas sendiri. Tiada borang panjang.
WhatsApp Ameerul
WhatsApp Ameerul